TITLE; Bekam Untuk Naikkan Seri Muka
Tuesday, 29 October 2013 | 01:08 | 0 comments
Berbekam di muka?
Bolehkah?
Tak sakit kah?
Tidak Lebam?
Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran, tetapi semua persoalan itu terjawab
apabila pelanggan melihat kesan selepas berbekam dapat menaikkan seri wajah dan
membantu wajah kelihatan cantik dan berseri sepanjang hari.
Kebiasaannya menjalani rawatan muka dengan menggunakan
pelbagai produk moden di pasaran bagi mendapatkan kulit muka lebih cantik. Mereka
takut untuk berbekam di bahagian wajah kerana bimbang kesan sampingan termasuk
parut selepas proses pengeluaran darah kotor. Namun bekam wajah kini menjadi
semakin popular bukan satu untuk menaikan seri wajah supaya sentiasa cantik,
malah dapat menghilangkan tekanan pada pengamalnya.
Bekam wajah juga dapat mengembalikan kesegaran dan
mengekalkan kesegaran dan mengekalkan keremajaan kulit wajah apabila toksin
yang terkumpul di buang melalui kaedah ini. Ia juga dapat melancarkan
perjalanan darah di bahagian muka dan kepala.
Bekam wajah selalunya dilakukan dalam tempoh singkat iaitu
30 minit berbanding bekam badan selama 1 jam. Ramai wanita yang mengalamin
masalah migrain, jerawat, resdung dan sakit kepala menggunkan kaedah ini
selepas mengetahui manfaatnya khususnya terhadap kesihatan dan kecantikan.
Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan kaedah ini kerana
dapat mengurangkan masalah di muka dan kepala. Rawatan ini akan mengeluarkan darah
kotor di bahagian bermasalah, seterusnya dapat mengembalikan kesihatan mereka.
Untuk rawatan bekam di bahagian muka. 3 hingga 5 cawan
digunakan untuk wajah berbanding di bahagian badan yang menggunakan 10 hingga
15 cawan. Bekam wajah perlu dilakukan secara berterusan iaitu seminggu sekali
bagi mendapatkan kesan lebih ketara dan mengekalkan kesihatan berpanjangan.
Banyak factor boleh menyebabkan kewujudan darah kotor,
tetapi yang utama ialah tabiat pemakanan yang tidak sihat. Rawatan bekam di
muka juga tidak sakit sebaliknya membuat kesihatan bertambah baik.