TITLE; Manfaat Di Sebalik Lulur
Wednesday, 30 January 2013 | 23:30 | 0 comments
Lulur Sengkuang
Lulur ini
sudah diamalkan oleh para puteri keraton Jawa, dimana komposisi mineral yang
terkandung di dalam buah sengkuang
mempunyai zat pembersih yang sempurna. Manfaat lulur ini di antaranya
menanggalkan sel kulit mati, menghilangkan bau badan, memberikan nutrisi pada
kulit, memperbaiki peredaran darah, mencerahkan kulit dan menjaga kelembapan
kulit agar tidak berkedut.
Lulur Boreh Bali
Lulur boreh
ini diperbuat daripada cengkih, lengkuas, halia dan kayu manis. Bermanfaat
untuk membantu tubuh dalam proses detoksifikasi, melancarkan peredaran darah,
menghaluskan kulit, memanaskan tubuh dan juga baik dilakukan bagi anda yang
sedang mengalami gejala selsema dan lemah-lemah badan.
Lulur Coklat
Bagi anda
yang sering berada di ruang berhawa dingin lulur ini sangat baik untuk anda,
kerana lulur coklat yang memiliki antioksidan ini berkhasiat menjaga kelembapan
kulit. Selain itu, lulur yang diperbuat daripada coklat yang kaya dengan lemak
coklat atau cocoa butter, juga berkhasiat untuk menanggalkan sel kulit mati,
memberikan nutrisi pada kulit, mencerahkan kulit, dan memperbaiki peredaran
oksigen dan darah.
Lulur Teh
Lulur yang
diperbuat dari teh berkualiti, seperti green tea dan black tea ini sememangnya
memiliki banyak manfaat. Ia berfungsi menaggalkan sel kult mati, menghilangkan
bau badan, memutihkan kulit, menjaga kelembapan kulit dan mencegah kanser kulit.
Lulur Kopi
Diperbuat
daripada campuran kopi, beras merah, dan beras putih. Lulur ini memiliki banyak
khasiat untuk memperbaiki peredaran oksigen dan melancarkan peredaran darah, memberikan
nutrisi pada kulit, mengangkat kotoran dan debu, serta menghilangkan kelesuhan.
Lulur Garam Laut
Ramuan lulur
yang diperbuat daripada garam dasar laut yang biasa digunakan untuk berendam,
ternyata boleh juga dipakai untuk lulur. Khasiatnya pun pelbagai antaranya
sebagai antiseptic, menghilangkan bau badan dan gatai-gatai, menambah vitality tubuh dan memberikan kesegaran serta
mengurangi ketegangan otot.
Lulur
Strawberry
Lulur yang
diperbuat dari ekstrak buah strawberry yang mengandungi asid salisat ini
berkhasiat untuk mencerahkan kulit.
Sementara itu kandungan asid flot strawberi dapat menegangkan sekaligus
melembutkan kulit.
Lulur Betik
Ramuan lulur
daripada buah betik yang kaya akan enzim dan vitamin ini sangat berkhasiat
untuk menghaluskan kulit, antioksidan, memberi nutrisi ke kulit serta
mempertahankan keanjalan kulit.
Di Passion Beautify kami menyediakan pakej lulur yang menarik. Sesuai untuk anda memanjakan diri terutamanya selepas penat bekerja sepanjang hari. Call 019-4566648 untuk temu janji. Terima Kasih.
.
Labels: Lulur