Home Pakej Produk Zarraz Beautify Tip Tutorials Produk FCC
TITLE; Lemak yang sesuai untuk diet
Wednesday, 16 January 2013 | 21:19 | 0 comments



Lemak yang terkumpul di bahagian perut merupakan lemak paling degil untuk dihilangkan walaupun dengan melakukan senaman, sedangkan lemak di bahagian perut paling berbahaya dari bahagian lemak di bahagian lain. Namun ada beberapa jenis makana yang boleh membantu anda mengurangkan lemak di perut. Jika selesai melakukan senaman secara teratur, cuba ambil makanan yan mampu membakar lemak lebih cepat. Berikut  antara 4 jenis makanan mudah membakar lemak.

Serat
Makanan seperti oatmeal dan kacang buncis mengandungi sarat yang tinggi sehingga mampu membantu mengurangkan lemak di perut dengan pelbagai cara. Makanan ini dapat membantu anda berasa kenyang lebih lama daripada rendah serat dan memerlukan masa lebih lama untuk berasa kenyang.

Protien
Fungsi protein sama dengan serat, ia dapat memanjangkan rasa kenyang, ini kerana protein memerlukan lebih banyak kalori untuk dicerna daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Salah satu sumber protein yang juga mengandungi lemak yang tinggi. Kacang panggang juga mengandungi gula. Enzim, buah-buahan seperti betik dan nanas diperkaya dengan enzim yang boleh membantu memecah protein agar dapat dicerna dengan lebih baik. Makanan yang mengandungi enzim, seperti buah-buahan segar dan sayur-sayuran membantu hati dan pakreas untuk mengeluarkan lebih banyak lemak yang disimpan di perut menjadi tenaga tubuh.

Lemak
Makanan yang berlemak bukan semuanya menyebabkan perut buncit, ia bergantung kepada jenis lemak yang diambil. Lemak tidak tepu tunggal mampu meningkatkan metabolisme dan mengubah lemak perut manjadi tenaga.
Makanan kaya dengan lemak sihat, antara lain termasuklah minyak zaitun dan avocado. Minyak zaitun secara khusus bukan hanya membantu membakar lemak, tetapi juga menjaga kadar Kolesterol sentiasa dalam had normal.
Anda juga boleh menjadikan makanan seperti kacang, badam di mana ia kaya denga lemak sihat dan sumber protein yang membakar lemak. Badan membantu mencegah sakit perut akibat lapar.

Di Passion Beautify kami menyediakan pakej pelansingan yang sesuai dengan anda. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 019-4566648.

Labels:



Old things | New things